SUNGAI BULOH, 6 Okt – Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera Malaysia (PERHEBAT) menangguhkan pendaftaran pelatih baharu secara fizikal bagi sesi Oktober 2020.
PERHEBAT menerusi kenyataan berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan perkembangan terkini mengenai peningkatan mendadak kes COVID-19 di Malaysia dan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
“PERHEBAT amat prihatin terhadap keselamatan pelatih yang juga bakal pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan warganya,
“Justeru, pendaftaran pelatih di Kompleks PERHEBAT secara fizikal ditangguhkan bergantung kepada arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM,” katanya.
Semua pelatih baharu sesi Oktober 2020 perlu mendaftar secara online mulai 6 hingga 8 Oktober 2020 di Google Forms https://tinyurl.com/DAFTAROKT20 – airtimes.my