Home Semasa Tahap pencemaran sungai setinggi 18 ton, 274 kawasan masih terputus bekalan air

Tahap pencemaran sungai setinggi 18 ton, 274 kawasan masih terputus bekalan air

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini mengesahkan tahap pencemaran di muka sauk dua loji rawatan air sungai masih tinggi.

Tahap pencemaran Loji Rawatan Air Sungai Semenyih adalah pada 9 TON sementara di Tampoi adalah 8 ton.

“Pencemaran masih lagi dikesan di Sungai Batang Benar, Negeri Sembilan dengan bacaan 18 TON,” kata Air Selangor dalam satu kenyataan.

Semalam, kedua-dua loji rawatan terbabit terpaksa dihenti tugas berikutan pencemaran air mentah yang dikesan di Sungai Semenyih.

Pada masa yang sama, pihaknya turut menjangkakan tempoh masa yang lebih lama diperlukan untuk memulihkan bekalan air berikutan henti tugas loji telah melebihi 20 jam.

Air Selangor turut menjelaskan sebanyak 64 lori tangki air telah digerakkan ke premis-premis kritikal serta perumahan di kawasan yang terjejas. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply