Home Semasa Tidak ada keperluan untuk laksanakan PKP semula – Ismail Sabri

Tidak ada keperluan untuk laksanakan PKP semula – Ismail Sabri

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 3 Okt – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tidak ada keperluan untuk kerajaan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mahupun menguatkuasakan larangan merentas negeri atau daerah buat masa ini.

Beliau berkata walaupun kes positif COVID-19 meningkat semalam, namun kebanyakan ianya datang dari tahanan penjara di Kedah dan Sabah.

“Saya tahu hari ini ramai orang tunggu saya, sebab ada mesyuarat khas, Majlis Keselamatan Negara (MKN)… PKP ke hari ini? Tidak..kita tidak akan mengisyitiharkan PKP, jika kita lihat semalam, walaupun 287 kes baharu, 113 kes di Sabah yang melibatkan diantaranya 35 Kluster Benteng yang berada di dalam penjara,

“129 di Kedah…128 berada di dalam penjara, kalau kita tengok seluruh negara setiap di negeri-negeri hanya Selangor sahaja yang 31 kes belum lagi sampai tahap merah iaitu 40 kes. Negeri-negeri lain satu hingga tiga kes sahaja,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Menurutnya, setakat ini negeri Perlis mencatatkan 0 kes, Johor, Kuala Lumpur, Pahang, Labuan hanya 1 kes; Kelantan, Negeri Sembilan 2 kes; Perak, Terengganu 3 kes sehaja.

“Jadi kita tengok satu kes dua kes setiap negeri..jadi tidak merupakan satu perkara yang membimbangkan,

“Saya sudah katakan, tak kan ada mungkin kosong kes diseluruh negara kerana seperti saya kata COVID-19 masih berada di sekeliling kita..esok lusa mungkin ada orang lain kena COVID-19,

“Kalau ada satu atau dua kes kita hendak lock (sekatan) seluruh negara, sampai bila pun negeri-negeri tidak boleh dibuka kerana PKP akan terus dikenakan kerana satu, dua kes ini,” katanya.

Menurutnya, sekatan PKP hanya akan dilaksanakan di lokaliti yang mencatatkan kes yang terlampau tinggi.

“Sebagai contohnya di Selangor, tiba-tiba jadi 40-50 kes..kita akan kenal pasti kawasan di Selangor iaitu targeted area untuk di buat sekatan, kita tidak akan tutup seluruh Selangor hanya kawasan yang terlibat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata tiada keperluan buat masa ini untuk membuat sekatan rentas negeri atau pun daerah di seluruh negara. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply