Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Op Benteng: ATM gempur lagi 28 PATI Indonesia cuba lolos sempadan negara

Op Benteng: ATM gempur lagi 28 PATI Indonesia cuba lolos sempadan negara

by Air Times News Network

KOTA TINGGI, 9 Sept – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya menahan 28 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang cuba menceroboh keluar dan masuk ke negara ini dalam Operasi Benteng (Op Benteng) di Ladang Brunei, Bandar Penawar awal pagi semalam.

Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam satu kenyataan menerusi laman facebook rasminya berkata, tangkapan tersebut telah dibuat oleh kumpulan Quick Reaction Force (QRF), Pasukan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD).

“Kejadian tersebut berlaku di sektor Op Merpati 2 iaitu sebahagian daripada Op Benteng Sektor Selatan dibawah kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged) sekitar jam 6.00 pagi,

“Kejadian berlaku apabila Pos Pemerhati 2 (OP 2) Kompeni Alpha (Kompeni A) telah melihat sebuah bot sedang berlegar-legar di sekitar perairan Ladang Brunei dan seterusnya pasukan telah mengaturgerakkan kumpulan QRF ke lokasi tersebut,

“Pada jam 7.00 pagi, bot tersebut telah merapat ke persisiran pantai pada jarak 500 meter daripada lokasi pos dan melalui pemerhatian OP 2 telah melihat pergerakan orang sedang mendarat dari bot di persisiran pantai Ladang Brunei dan masuk ke kawasan belukar berhampiran pantai,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, hasil dari serbuan dan pengeledahan tersebut berjaya menahan 26 orang PATI iaitu 18 lelaki dan 8 perempuan yang baru tiba untuk masuk ke negara ini.

Manakala 2 orang lagi iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan pula cuba hendak pulang ke Indonesia.

“Keseluruhan nilai rampasan dianggarankan bernilai RM18,173.99 (RM12,896.00 dan mata wang Indonesia 18,491,000),

“Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Taktikal Pos Tg Sepang dan pengendalian adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) COVID-19. Laporan berkaitan tangkapan tersebut dibuat di Balai Polis Bayu Damai,” ujarnya.

Dalam pada itu, pasukan 1 RRD meneruskan pencarian dan penggeledahan dengan dibantu oleh tim Combat Trecking Tim (CTT) Cawangan Anjing Perang bagi membantu pencarian saki baki PATI yang sedang bersembunyi di kawasan Ladang Brunei.- airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply