Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat National Task Force tahan 30 PATI, 4 penyeludup kekang jenayah rentas sempadan

National Task Force tahan 30 PATI, 4 penyeludup kekang jenayah rentas sempadan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 7 Sept – National Task Force (NTF) menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) telah berjaya melakukan 14 tangkapan, melibatkan 30 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 4 penyeludup yang melakukan jenayah rentas sempadan, semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, operasi itu turut membuat rampasan yang membabitkan 12 buah kenderaan darat.

“Sebanyak 79 sekatan jalan raya (SJR) Op Benteng telah dilaksanakan semalam, melibatkan PDRM yang telah membuat 65 SJR, AKSEM (10 SJR) dan ATM (4 SJR),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, Op Benteng di bawah NTF ini melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM).

“Operasi bersepadu ini adalah untuk mengawal ketat sempadan negara daripada dibolosi PATI bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak COVID-19,

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong tikus,” tambahnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply