Home Semasa 79 individu ditahan termasuk 22 terlibat parti liar, ingkar PKP

79 individu ditahan termasuk 22 terlibat parti liar, ingkar PKP

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seramai 22 individu yang terlibat dalam parti liar serta mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak polis turut menahan 57 individu lain di atas kesalahan yang sama.

Beliau berkata, daripada 79 yang ditahan, 51 individu telah dikompaun manakala 28 pula direman.

“Semalam (28 Ogos 2020), PDRM telah menahan 79 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP,

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti dalam pub/kelab malam, gagal menyediakan peralatan/catitan keluar masuk, tidak memakai pelitup muka, premis beroperasi lebih masa, private party, serta aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial,” katanya dalam kenyataan pelaksanaan PKP, hari ini.

Ismail Sabri juga menjelaskan, sebanyak 64,776 pemeriksaan telah dilaksanakan semalam oleh PDRM bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosedur operasi standrad (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

Pada masa yang sama, Ismail Sabri mengesahkan, Operasi Benteng (Op Benteng) yang diketuai oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut mengadakan 64 sekatan jalan raya (SJR) Op Benteng dan memeriksa 30,120 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) terutama di lorong tikus.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,” tambahnya. airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply