if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa 84 individu dikompaun, 4 lagi direman ingkar PKP

84 individu dikompaun, 4 lagi direman ingkar PKP

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 28 Ogos – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 88 individu kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 84 individu telah dikompaun sementara 4 yang lain direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk gagal menyediakan peralatan/catitan keluar masuk (31), tidak memakai pelitup muka (15), premis beroperasi lebih masa (3), private party (32), serta aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial (7),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, Task Force Operasi Pemantauan yang diketuai PDRM telah membuat 64,658 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP.

“Sebanyak 4,545 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 16,334 anggota telah membuat pemantauan di 4,074 pasar raya, 5,511 restoran serta 1,261 penjaja, 1,757 kilang, 4,002 bank dan 936 pejabat kerajaan,

“Pihak keselamatan turut memantau, 1,133 terminal pengangkutan darat, 246 terminal pengangkutan air serta 109 terminal pengangkutan udara’” tambahnya.

Pada masa yang sama, Ismail Sabri menjelaskan Operasi Benteng (Op Benteng) yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempatan Malaysia (AKSEM), telah melaksanakan 62 sekatan jalan raya (SJR) Op Benteng di seluruh negara.

“Semalam (27 Ogos 2020), PDRM telah mengadakan 62 sekatan jalan raya di seluruh negara dan memeriksa 25,503 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) terutamanya di lorong-lorong tikus dan tiada sebarang tangkapan dilakukan,

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus,”ujarnya.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply