Home Semasa Ingar PKPP: 43 dikompaun, 5 ditahan reman

Ingar PKPP: 43 dikompaun, 5 ditahan reman

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 17 Jul – Seramai 48 individu ditahan atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu, 5 individu terbabit telah direman, manakala 43 lagi dikenakan kompaun.

“Kesemua 48 individu tersebut ditahan kerana terlibat dalam aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial,” kata Ismail Sabri dalam kenyataan, hari ini.

Dalam masa yang sama, Ismail Sabri menjelaskan Pasukan Petugas Khas Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut membuat 66 Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi Benteng dan memeriksa 40,151 kenderaan bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) terutamanya di lorong tikus.

“Hasil pemeriksaan tersebut, PDRM telah berjaya menangkap 5 warganegara asing kerana kesalahan Imigresen,

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong tikus,”jelasnya.

Operasi Benteng yang melibatkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) adalah baggi mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi PATI serta mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak COVID-19. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply