Home Semasa 113 laporan polis diterima berhubung kenyataan Siti Kassim

113 laporan polis diterima berhubung kenyataan Siti Kassim

by Fatini Hanis Norzali

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Sebanyak 113 laporan polis diterima di seluruh negara terhadap aktivis dan peguam, Siti Zabedah Kassim atau dikenali sebagai Siti Kassim, berhubung dengan kenyataan di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dato Huzir Mohamed berkata, pada 27 Mei lalu, kertas siasatan telah dibuka ke atas pemilik akaun Facebook “Siti Kassim”,  ekoran kenyataan yang didakwa boleh membangkitkan perpecahan dan keamanan kaum.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,

“Susulan daripada itu, pemilik akaun Facebook “Siti Kassim” akan dipanggil untuk direkodkan percakapannya bagi menjelaskan kenyataan yang dibuat kerana kenyataan tersebut sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan,” katanya dalam dalam satu kenyataan pada Rabu.

“PDRM menggesa orang ramai agar tidak membuat atau mengedarkan apa-apa kenyataan atau berita yang mempunyai kecederungan menghasut serta boleh menggugat ketenteraman dan keselamatan orang awam,” ujarnya.

Terdahulu, Siti Kassim telah memuat naik kenyataan di laman Facebooknya yang menggesa agar sekolah tahfiz ditutup sekiranya mahu mengharamkan penjualan arak.

Kenyataan tersebut dibuat susulan tindakan PAS yang mencadangkan untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk.

Siti Kasim turut menegaskan parti itu tidak seharusnya menghalang individu lain untuk meminum arak hanya kerana mereka tidak menyukainya.

 

Related Articles

Leave a Reply