Home Semasa Melaka rekod cubaan rentas negeri tertinggi 

Melaka rekod cubaan rentas negeri tertinggi 

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 22 Mei – Melaka merekodkan cubaan merentas negeri tertinggi sebanyak 886 buah kenderaan dalam sekatan jalan raya (SJR) yang dibuat di seluruh negara semalam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dua lagi negeri iaitu Perak dengan 362 kes dan Pulau Pinang sebanyak 284.

“Saya percaya selepas saya umumkan tiada lagi kebenaran merentas negeri, ramai yang ambil kesempatan untuk merentas negeri semalam kerana takut sekatan hari ini dan menyebabkan jumlah kenderaan terus meningkat,” katanya pada sidang media harian hari ini.

Menurut beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenakan SJR rentas sempadan negeri (inter-state) di seluruh negara dan telah memeriksa sebanyak 264,280 kenderaan.

“Semalam juga, sebanyak 2,539 kenderaan yang cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung telah diarah untuk berpatah balik oleh PDRM,
“PDRM telah menahan 64 individu dan mereman 40 orang atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP),

“Manakala seramai 24 individu telah dikenakan kompaun oleh PDRM atas kesalahan melanggar SOP ,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply