Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
300 anggota penguatkuasa serbu PATI di PJ Old Town – Air Times News Network
Home Semasa 300 anggota penguatkuasa serbu PATI di PJ Old Town

300 anggota penguatkuasa serbu PATI di PJ Old Town

by Nurulhuda

PETALING JAYA, 20 Mei – Seramai kira-kira 300 anggota penguatkuasa telah melakukan serbuan mengejut dalam operasi bersepadu bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di zon Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) sekitar PJ Old Town, Petaling Jaya, hari ini.

Tinjauan Air Times di lokasi serbuan mendapati operasi telah bermula seawal jam 9.30 pagi.

Operasi ini diketuai oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), dan melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)  Angkatan Pertahanan Awam (APM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), RELA dan Pejabat Daerah Petaling Jaya.

Ketika serbuan dijalankan, anggota penguatkuasa yang dilengkapi dengan pakaian pelindungan diri (PPE) melakukan pemeriksaan di setiap unit bangunan yang terlibat.

Difahamkan, tujuan operasi bersepadu ini diadakan adalah untuk memindahkan warga asing dari kawasan PKPD Petaling Jaya ke depo Imigresen yang akan di tetapkan selepas selesai dokumentasi di pejabat Imigresen Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Selain itu, anggota polis dan tentera juga turut mengadakan kawalan di laluan keluar masuk kawasan Pasar Jalan Othman (PJO).

Media dan orang awam tidak dibenarkan memasuki ke kawasan kejadian semasa operasi dijalankan.

Operasi berakhir kira-kira pada pukul 1.30 tengah hari dengan kenderaan penguatkuasa serta lori membawa tahanan PATI keluar dari zon serbuan.

Sebelum ini, operasi yang sama turut dijalankan di kawasan PKPD Jalan Masjid India, Selangor Mansion dan Selayang.

Kawasan sekitar PJO ini merupakan zon PKPD kelapan yang diistiharkan oleh kerajaan pada 10 Mei lalu terbahagi kepada tiga zon yang melibatkan kira-kira 2,900 penghuni kediaman dan premis perniagaan.- airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?