SRINAGAR, India, 7 Apr – 4 pejuang Kashmir termasuk komandernya terbunuh dalam pertempuran bersenjata dengan tentera India di Kashmir pada 6 April 2020, menyebabkan puluhan tercedera, kata seorang pegawai polis.
Ratusan tentera India melancarkan operasi itu pada selasa malam setelah mendapat maklumat Komander Hizbul Mujahidin Riyaz Naikoo telah bersembunyi di sebuah perkampungan di daerah Pulwama, Kashmir selatan.
“Awal hari ini satu pertempuran senjata telah berlaku di mana dia (Riyaz Naikoo) telah terperangkap di sebuah rumah dan akhirnya terbunuh bersama rakannya,” kata Ketua Polis Kashmir, Vijay Kumar.
Dua pejuang lagi telah terbunuh dalam pertempuran senjata di wilayah yang berdekatan, katanya.
Pihak berkuasa telah menghentikan perkhidmatan internet mudah alih di wilayah Kashmir pada awal hari Rabu untuk mencegah orang ramai berkumpul di jalanan untuk meratapi pembunuhannya.
Penunjuk perasaan telah membakar dua kenderaan polis di Pulwama.
Secara keseluruhan, sekurang-kurangnya 30 orang cedera ketika penunjuk perasaan bertempur dengan pasukan keselamatan di sekitar Kashmir, termasuk di bandar utama Srinagar, kata seorang pegawai polis.
Selama beberapa dekad, puak pejuang telah bertempur menentang pemerintahan India di Kashmir untuk menuntut kemerdekaan bagi wilayah Himalaya dan untuk menuntut Kashmir yang sebahagiannya diperintah oleh India dan Pakistan.
Naikoo, 35, telah menyertai pejuang Kashmir pada tahun 2012, dua tahun selepas hampir 100 orang dibunuh oleh tentera pada musim panas yang disertai oleh penunjuk perasaan.
Seorang bekas guru Matematik dengan ganjaran wang tunai 1.2 juta rupee ($15,800) yang diletak kepadanya, Naikoo juga adalah pembantu kepada Komandan Hizbul Mujahidin Burha Wan yang telah terbunuh pada Julai 2016.
“Ini adalah kejayaan terbesar bagi pasukan kami di Kashmir,” kata Kumar.
Sewaktu penutupan seluruh negara untuk mencegah penyebaran wabak COVID-19, tentera India telah memperhebatkan lagi operasi di Kashmir, satu-satunya majoriti Muslim di negara itu yang dipecah menjadi dua wilayah yang ditadbir secara federal pada Ogos tahun lalu.
Sejak akhir Mac lalu,seramai 36 pejuang telah terkorban, manakala tentera india kehilangan sekitar 20 anggota tentera, termasuk seorang pegawai tentera berpangkat tinggi, ianya adalah dalam tempoh yang sama, menurut data rasmi