Home Semasa Hampir 70% daripada jumlah pesakit COVID-19 telah pulih

Hampir 70% daripada jumlah pesakit COVID-19 telah pulih

by M.Daim

PUTRAJAYA, 27 Apr – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengesahkan bilangan pesakit pulih dari COVID-19 semakin bertambah dan menghampiri kadar 70%.

“Terdapat 95 kes telah pulih pada hari ini dan menjadikan jumlah pesakit sembuh adalah 3,957 kes,

“Bilangan pesakit sembuh adalah merangkumi 67.9% dari keseluruhan kes,” kata Ketua Pengarah Kesihatan dalam sidang media perkembangan COVID-19, hari ini.

Sementara itu, beliau menyatakan sebanyak 1,764 kes COVID-19 masih aktif di negara ini.

Dr Noor Hisham turut menyatakan sebanyak 40 kes baharu dilaporkan dengan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan COVID-19 sebanyak 5,820.

“37 kes COVID sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 17 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan,” jelasnya.

Selain itu, angka maut akibat COVID-19 meningkat kepada 99 orang berikutan 1 kes kematian terbaharu pada hari ini di Johor. – AirTimes

Related Articles

Leave a Reply