Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Panglima Medan Barat Tentera Darat tinjau kawasan PKPD di Pasar Borong Kuala Lumpur

Panglima Medan Barat Tentera Darat tinjau kawasan PKPD di Pasar Borong Kuala Lumpur

by Nurulhuda

SELAYANG, 26 Apr – Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Leftenan Jeneral Datuk Mohd Nazir Mami hari ini membuat tinjauan di Pasar Borong Kuala Lumpur dan kawasan sekitar yang telah dikuatkuasakan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ke-6 bagi memerangi penularan wabak pandemik COVID-19.

Dalam tinjauan ke kawasan tersebut, beliau telah diberikan taklimat semasa oleh Ketua Polis Daerah Sentul, ACP  S. Shanmugamoorthy Chinniah dan Pegawai Memerintah Batalion Pertama Askar Melayu Diraja (1 RAMD), Kolonel Mohd Kamil Abdul Latiff.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKPD di kawasan tersebut bermula 20 April sehingga 3 Mei 2020 bagi membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan aktiviti pengesanan wabak berkenaan di kawasan tersebut.

PKPD ke-6 kali ini melibatkan 8 parcel termasuk jalan di Pusat Bandar Utara, Taman Sri Murni Fasa 1,2, 3 dan Taman Batu View serta Taman Batu Hampar, Kuala Lumpur.

Selain itu, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menegaskan ATM telah membina sembilan menara tinjau di sekitar Pusat bandar Utara dan Pasar Borong Selayang untuk memantau serta mengawasi pergerakan penduduk setempat di kawasan berkenaan.

Ia juga merupakan inisiatif ATM agar anggota lebih mudah melaksanakan tugas pemantauan percubaan individu untuk membolosi kawasan itu.

Manakala, Panglima 12 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Marzuki Mokhtar, berkata pemasangan menara tinjau itu juga adalah untuk memerhati halangan kawat berduri yang telah didirikan agar tidak dirosakan oleh individu yang cuba menyeludup masuk atau keluar dari lokasi berkenaan.

Seramai 10 pegawai dan 222 anggota lain-lain pangkat (LLP) telah memasang halangan kawat berduri di kawasan berkenaan yang dianggarkan sepanjang 4.03km selepas kerajaan memutuskan lokasi tersebut diisytiharkan sebagai PKPD yang ke-6.

Sehingga ke hari ini, terdapat seramai 55 kes positif melibatkan penduduk Pusat Bandar Utara dan Sekitar Pasar Borong Selayang telah dilaporkan serta satu kematian melibatkan warganegara Myanmar.

Geleri Gambar:

 

Related Articles

Leave a Reply