Home Semasa COVID-19: KPKT lakukan 1,413 operasi sanitasi awam di 85 zon

COVID-19: KPKT lakukan 1,413 operasi sanitasi awam di 85 zon

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 12 Apr – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melakukan operasi sanitasi awam sejak 30 Mac sehingga 11 April 2020 adalah sebanyak 1,413 di 89 zon termasuk zon merah.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, operasi di bawah kawal selia KPKT turut membabitkan 987 bangunan kerajaan, 602 tempat awam, 599 pusat perniangaan dan 115 pasar raya.

“Semalam, sebanyak 122 operasi sanitasi yang meliputi 51 zon di 13 negeri, termasuk 38 kawasan di Johor dan 23 kawasan di Pahang,

“Ia meliputi 103 bangunan kerajaan, 37 tempat awam, 71 pusat perniagaan dan 8 pasar raya turut disanitasi semalam,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan hari ini.

Beliau juga memaklumkan, semalam sebanyak satu Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan 117 kawasan gunasama skim strata kos rendah dan sederhana rendah zon merah di Selangor telah dinyah cemar menjadikan jumlah keseluruhan 38 PPR telah selesai disanitasi melibatkan 37,686 unit rumah.

Manakala sehingga semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 1,220 individu kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Seramai 854 individu telah dikenakan kompaun RM1,000. Manakala sebanyak 345 individu direman dan 21 individu dijamin polis,

“Jumlah keseluhan kompaun yang dikeluarkan 2,156 dan tangkapan kumulatif ingkar PKP dari 18 Mac sehingga 11 April 2020 adalah sebanyak 8,125 individu,” katanya.

 

 

Related Articles

Leave a Reply