Home SemasaGesa sidang Parlimen tergempar secepat mungkin – Ambiga

Gesa sidang Parlimen tergempar secepat mungkin – Ambiga

by Nurulhuda
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan menggesa agar sidang Parlimen tergempar diadakan secepat mungkin bagi mendengar suara semua Ahli Parlimen tentang pelantikan Perdana Menteri yang baharu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Amiga berkata undian di Parlimen yang melibatkan semua Ahli Parlimen adalah cara yang terbaik untuk memilih pemimpin nombor satu kerajaan.

Beliau berkata demikian semasa hadir pada Himpunan Selamatkan Malaysia, Tolak Pengkhianat di perkarangan bangunan Sogo, petang tadi.

“Semua Ahli Parlimen perlu hadir ke sidang tergempar tersebut untuk membuat undian,

Kami sebagai rakyat tidak boleh terima sekiranya sesi Parlimen tersebut ditangguhkan – Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan. Foto: AirTimes/Azuwan

“Kami sebagai rakyat tidak boleh terima sekiranya sesi Parlimen tersebut ditangguhkan,

“Saya tegaskan, semua jangan putus asa dan jangan kecewa. Kita tuntut secara demokrasi iaitu bawa usul ini ke Parlimen,” jelas Amiga.

Hampir 100 orang hadir berhimpun di depan pintu masuk pusat membeli – belah Sogo sambil melaungkan slogan ‘tolak pengkhianat, tolak perkauman, dan hidup rakyat’.

Himpunan yang bermula pada jam 6.00 petang itu dianjurkan oleh Jawatankuasa Demontrasi Selamatkan Malaysia dan dikendalikan oleh pemudahcara aktivis, Amir Abd Hadi.

Aktivis, Amir Abd Hadi mengkritik tindakan PDRM yang menyiasat seorang aktivis Fadiah Nadwa Fikri mengikut Akta Hasutan 1948 kerana menganjurkan himpunan aman di Dataran Merdeka pada Sabtu. Foto: AirTimes/Azuwan

Amir mengkritik tindakan PDRM yang menyiasat seorang aktivis Fadiah Nadwa Fikri mengikut Akta Hasutan 1948 kerana menganjurkan himpunan aman di Dataran Merdeka pada Sabtu.

 

Menurut Amir ada pihak yang cuba menggambarkan mereka menentang keputusan Yang di-Pertuan Agong yang melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

“Rakyat membantah pembentukan kerajaan pintu belakang bukannya Agong!” jelas Amir lagi.

Himpunan kemudianya berarak ke Dataran Merdeka dan berakhir pada jam 8.20 malam.

Turut hadir perhimpunan berkenaan, Datin Paduka Marina Mahathir, ADUN Permatang Pasir, Muhamad Faiz Fadzil; Ketua Pemuda Amanah Wilayah Persekutuan, Asmaaliff Abdul Adam; Pengarah Komunikasi AMANAH Kedah, Ustaz Ridzwan Abu Bakar serta beberapa aktivis.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah menasihati orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan berkenaan.

“Polis juga tidak menerima notis berhubung penganjuran perhimpunan itu.

“Jika perhimpunan diteruskan, ia akan menimbulkan ketidakselesaan kepada orang ramai serta boleh menyebabkan kekacauan kepada ketenteraman awam,”jelasnya.

 

 

Related Articles

Leave a Reply