KUALA LUMPUR, 27 Feb – Perdana Menteri interim Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Istana Negara hari ini untuk menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Kenderaan rasmi Dr Mahathir dilihat memasuki perkarangan Istana Negara pada 10.55 pagi.
Tujuan sebenar Dr Mahathir menghadap Yang di-Pertuan Agong masih belum diketahui, namun dipercayai berkaitan isu politik semasa.