Home Semasa Keputusan STPM diumum 25 Februari

Keputusan STPM diumum 25 Februari

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 18 Feb – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2019 akan diumumkan pada 25 Februari ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, calon-calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing pada tarikh tersebut mulai jam 12 tengah hari.

“Manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos,

“Disamping itu, calon juga boleh menyemak keputusan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip STPM RESULT <jarak> <no kad pengenalan> dan menghantarnya ke 15888,” kata kenyataan itu.

Calon-calon juga boleh membuat semakan secara dalam talian dengan melayari portal MPM http://www.mpm.edu.my mulai jam 12 tengah hari pada tarikh berkenaan.

“Pada peperiksaan STPM tahun 2019, seramai 44,823 calon telah hadir menduduki peperiksaan itu di 652 buah pusat peperiksaan di seluruh negara,

“Daripada jumlah tersebut, 44,501 (99.28%) orang adalah calon sekolah kerajaan; 167 (0.37%) calon sekolah swasta; 128 (0.29%) calon persendirian individu, dan 27 (0.06%) calon sekolah kerajaan negeri,” katanya.

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply