Home Semasa 34 rakyat Malaysia di Wuhan terkandas, tidak dibenarkan keluar oleh kerajaan China

34 rakyat Malaysia di Wuhan terkandas, tidak dibenarkan keluar oleh kerajaan China

by M.Daim

PUTRAJAYA, 7 Feb – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan kerajaan Malaysia sedia membantu 34 rakyat Malaysia yang masih berada di Wuhan.

Kesemua mereka tidak dapat pulang ke tanah air dengan menaiki pesawat khas pada 4 Februari lalu atas sebab masalah logistik.

“Buat masa ini mereka tidak boleh keluar dari wilayah tersebut, berikutan sekatan keluar masuk yang dikenakan oleh Kerajaan China,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan lain, beliau menyatakan pihak Wisma Putra sedang menyelaraskan urusan membawa pulang kakitangan yang tidak kritikal dari kedutaan dan konsulat Malaysia di China.

Tambahnya, urusan ini melibatkan 212 staf bukan kritikal di kedutaan dan konsulat. Malaysia mempunyai 6 konsulat dan sebuah kedutaan di China termasuk Hong Kong.

“Sehingga jam 8 malam (semalam), seramai 10 orang kakitangan bukan berkepentingan dari Guangzhou telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, kesemua kakitangan tersebut telah dibawa terus ke tempat pemeriksaan kesihatan untuk menjalani saringan kesihatan. Kesemua kakitangan terbabit telah pulang ke rumah untuk menjalani pemantauan di rumah selama 14 hari.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply