Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Seorang warga Indonesia didakwa miliki item berunsur keganasan – Air Times News Network
Home Semasa Seorang warga Indonesia didakwa miliki item berunsur keganasan

Seorang warga Indonesia didakwa miliki item berunsur keganasan

by Bernama

GEORGE TOWN, 31 Jan – Seorang warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki item berunsur keganasan dan berkaitan dengan kumpulan pengganas Islamic State (IS), awal bulan ini.

Irwanzir, 30, yang bekerja sebagai buruh binaan di Balik Pulau didakwa melakukan kesalahan itu di belakang rumah yang beralamat di Hadapan Kanan, 352 Mukim C, Permatang Pasir Balik Pulau pada 6 Jan lalu.

Tertuduh yang berasal dari Acheh, Indonesia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah peruntukan yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tidak melebihi tujuh tahun atau denda dan dilucuthakkan mana-mana item itu.

Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan terhadap Irwanzir dalam bahasa Melayu di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.

Mahkamah kemudian menetapkan 5 Mac ini sebagai sebutan semula kes bagi laporan forensik.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izhanudin Alias dan tertuduh tidak diwakili peguam. – Bernama

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?