Home Pertahanan dan Keselamatan Muez dilantik Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan baharu berkuatkuasa 1 Feb

Muez dilantik Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan baharu berkuatkuasa 1 Feb

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 31 Jan – Datuk Muez Abd Aziz dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia yang baharu berkuatkuasa 1 Februari 2020.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan hari ini berkata, Muez yang berpengalaman dan berpengetahuan luas mampu menggalas amanah mendokong misi Kementerian Pertahanan dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan negara agar sentiasa terpelihara.

Muez menggantikan Mohd Zuki yang dilantik menjadi Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada 1 Januari lalu.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Ekonomi daripada Universiti Vanderbilt, Amerika Syarikat, dan sudah berkhidmat selama 25 tahun serta mempunyai pengetahuan luas dalam perkhidmatan awam.

Muez, 58 tahun pernah berkhidmat di sebagai Ketua Setiausaha dan Timbalan Ketua Setiausaha di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian di Kementerian Pertanian Industri Asas Tani.

 

Related Articles

Leave a Reply