Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara Trak TUDM terbabas: 29 pegawai PALAPES, 3 jurulatih cedera

Trak TUDM terbabas: 29 pegawai PALAPES, 3 jurulatih cedera

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Sebuah trak 3 tan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dinaiki 29 pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Udara dan tiga jurulatih hilang  kawalan dan terbalik di kawasan Hutan Bukit Jugra petang tadi.

Markas Tentera Udara dalam satu kenyataannya hari ini berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu trak tersebut hilang kawalan kerana mengalami kegagalan fungsi brek ketika menuruni Bukit Jugra selepas selesai menghantar barang-barang.

“Mereka merupakan kumpulan pendahuluan (advance party) untuk persediaan fasa Latihan Medan bagi Latihan Kem Tahunan PALAPES Udara yang bemula esok,

“Akibat dari kemalangan itu, pegawai PALAPES dan jurulatih telah mengalami kecederaan dan sekarang dirawat di Hospital Banting dan Hospital Klang,” kata kenyataan tersebut.

Manakala menurut sumber, dua anggota yang parah ditempatkan di zon merah di Hospital Banting dan Hospital Klang.

Dalam pada itu, Pegawai Memerintah dan pegawai perubatan dari Rejimen TUDM Bukit Jugra turut membantu serta memantau keadaan mangsa tersebut.

“TUDM akan sentiasa memastikan pemantuan berterusan dan memberi bantuan yang sebaiknya kepada semua yang terlibat dengan insiden ini,

“Sebarang perkembangan lanjut mengenai insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” tambah kenyataan itu lagi.

Related Articles

1 comment

Kemalangan trak di Jugra, TUDM tubuh Lembaga siasatan – Air Times News Network 29 January 2020 - 4:09 pm

[…] Artikel berkaitan: Trak TUDM terbabas: 29 pegawai PALAPES, 3 jurulatih cedera […]

Reply

Leave a Reply