Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Mesyuarat RBC ke-110 pertingkat keselamatan sempadan Malaysia-Thailand

Mesyuarat RBC ke-110 pertingkat keselamatan sempadan Malaysia-Thailand

by Nurulhuda

PULAU PINANG, 24 Okt – Mesyuarat Regional Border Committee (RBC) ke-110 di antara Malaysia dan Thailand telah diadakan di Georgetown pada 23 Oktober lalu.

Mesyuarat ini merupakan kesinambungan kepada Mesyuarat RBC ke-109 yang diadakan di Phuket pada April lalu.

Panglima Medan Barat, Jeneral Datuk Mohd Nazir Mami dan Commander 4th Army Area Tentera Darat Diraja Thailand (Royal Thai Army, RTA) telah mempengerusikan mesyuarat RBC secara bersama.

“Mesyuarat ini adalah penting bagi mempertingkatkan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara,” jelas satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh pihak Perhubungan Raya Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat, hari ini.

Pihak jawatankuasa mesyuarat RBC turut berpuas hati dengan aktiviti seperti operasi, latihan, kerjasama mengawal sempadan dan pengurusan bencana oleh pihak Tentera Darat Malaysia (TDM) dan RTA.

“Aktiviti bilateral ini telah berjaya memupuk persefahaman, semangat setiakawan dan kerjasama yang lebih erat antara kedua-dua pihak,

“Selain membuka perspektif baharu, kerjasama ini juga berjaya membantu pihak yang terlibat untuk menangani isu-isu sensitif,” jelas kenyataan tersebut.

Kerjasama kedua-dua negara dalam RBC telah dilaksanakan melalui enam kumpulan kerja utama iaitu Intelligence and Psychological OperationsWorking Group (IWG), Land Working Group (LWG), Combined Maritime Working Group (CMWG),Air Working Group (AWG), Border Management Working Group (BMWG) dan Disaster Management Working Group (DMWG).

“Kesemua kumpulan kerja ini telah melaksanakan pelbagai penyelesaian terhadap isu-isu yang timbul di kawasan sempadan antara kedua-dua negara,

“Kerjasama ini akan diteruskan dan Thailand akan menjadi tuan rumah Mesyuarat RBC ke-111 pada April 2020,” kata kenyataan bersama tersebut.

 

Related Articles

Leave a Reply