Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat JAKPAW galak penyertaan rakyat sertai Angkatan Simpanan Persekutuan

JAKPAW galak penyertaan rakyat sertai Angkatan Simpanan Persekutuan

by Bernama

KUALA LUMPUR, 20 Jul – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah mengambil inisiatif menubuhkan Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) di setiap negeri bagi menggalakkan rakyat menyertai Angkatan Simpanan Persekutuan (ASP).

TDM dalam satu kenyataan semalam menjelaskan penubuhan jawatankuasa itu selari dengan hasrat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyasarkan nisbah kekuatan 1:1 iaitu bagi angkatan tetap dan ASP pada tahun 2023.

Menurutnya ASP merangkumi ketiga-tiga elemen pasukan simpanan termasuk laut dan udara yang memainkan peranan penting dalam membantu angkatan tetap mempertahankan negara pada waktu darurat atau perang serta dalam operasi keselamatan dalam negeri.

“JAKPAW yang merupakan jawatankuasa di peringkat negeri bertujuan merancang semua jenis bantuan kepada ASP seperti kem guna sama dan mempromosikan askar wataniah kepada masyarakat.

“Semua perjawatan tauliah kehormat perlu mendapat kelulusan Majlis Angkatan Tentera (MAT) serta perkenan Yang di-Pertuan Agong dan ia boleh ditamatkan sekiranya penyandang mencemarkan nama baik ATM atau tidak lagi menyandang jawatan mereka,” menurut kenyataan itu.

Penaung JAKPAW di setiap negeri adalah Menteri Besar atau Ketua Menteri, manakala bagi perjawatan pengerusi pula, ia diberikan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri.

Dalam persidangan Dewan Rakyat lepas, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata bagi mencapai sasaran nisbah kekuatan 1:1 angkatan tetap dan ASP, ATM telah berusaha meningkatkan pengambilan anggota ASP sejak 2016 – Bernama

Related Articles

Leave a Reply