Home Semasa Warga Indonesia di ESSZONE jangan terjebak aktiviti bom ikan – Konsultan Indonesia

Warga Indonesia di ESSZONE jangan terjebak aktiviti bom ikan – Konsultan Indonesia

by Bernama

TAWAU, 11 Julai – Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau memperingatkan semua rakyat republik itu terutamanya yang tinggal di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) agar tidak terlibat dengan aktiviti bom ikan.

Kepala Perwakilan KRI Tawau, Sulistijo Djati Ismojo berkata penggunaan bahan letupan bagi menangkap ikan adalah menyalahi undang-undang, selain membahayakan keselamatan orang sekeliling serta diri sendiri.

“Bahkan, kaedah ini menjejaskan industri perikanan, ekosistem marin, sekali gus memberi kesan negatif pada sektor pelancongan negeri ini,” katanya kepada Bernama.

Djati dalam pada itu, menasihatkan warganya supaya melaporkan segera kepada pihak berkuasa jika terlihat aktiviti seumpama, di laut.

“Beri kerjasama kepada pihak keselamatan, lapor andai ternampak kelakuan jenayah di laut mahu pun darat,” katanya lagi.

Semalam, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata punca kematian dua pelancong china dan seorang jurulatih selaman semasa di Pulau Kalapuan, Semporna pada 5 Julai lalu angkara bom ikan.

Menurut Omar perkara itu disahkan selepas pihaknya menerima keputusan bedah siasat penuh daripada Hospital Tawau. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply