Home Semasa Muhammad Haziq antara 50 yang maut kejadian tembakan di Christchurch – Wisma Putra

Muhammad Haziq antara 50 yang maut kejadian tembakan di Christchurch – Wisma Putra

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Kementerian Luar mengesahkan remaja Malaysia, Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, adalah antara 50 yang maut dalam kejadian tembakan di Christchurch, New Zealand, Jumaat lalu.

Mohd Haziq sebelum ini dilaporkan hilang semasa insiden tembakan rambang di dua masjid di Christchurch.

Mohd Haziq merupakan anak kepada Mohd Tarmizi Shuib, 42, yang kini menerima rawatan di Hospital Christchurch, selepas cedera ditembak dalam kejadian di Masjid Al Noor.

Seorang lagi anak Mohd Tarmizi, Mohd Haris, 12, masih menerima rawatan di hospital kanak-kanak di Christchurch akibat trauma susulan insiden tersebut.

“Kerajaan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Haziq. Kerajaan akan membantu proses pengkebumian jenazah Allahyarham.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa akan berangkat ke Christchurch sebagai wakil kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terlibat dalam tregedi tersebut,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Related Articles

Leave a Reply