KUALA LUMPUR, 20 Feb – Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Mej Jen Datuk Dzulkarnain Ahmad menyarankan semua veteran tentera agar menyertai persatuan veteran-veteran di Malaysia.
Penyertaan mereka bagi memudahkan mendapat bantuan dan kebajikan yang layak diterima bagi mengenang jasa dan pengorbanan terhadap negara, kata Dzulkarnain.
Beliau berkata, JHEV memerlukan maklumat mengenai veteran-vateran yang kurang upaya (OKU) atau yang terlantar sakit bagi menyalurkan bantuan yang sepatutnya diterima.
Pihak kami sentiasa prihatin tentang perkara ini jika mendapat maklumat mengenai veteran yang OKU mahupun terlatar sakit, kami akan membuat lawatan untuk menyampaikan bantuan, katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel bertajuk ‘Jabatan Veteran ATM semalam.