Home Semasa Kementerian Pertahanan tidak taja RM4 juta kepada Dr.Suwaibah

Kementerian Pertahanan tidak taja RM4 juta kepada Dr.Suwaibah

by Noor Sheila Amin

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Pihak Kementerian Pertahanan Malaysia hari ini menyangkal dakwaan bahawa kos misi Jelajah Kemanusiaan Menakluk 30 Menara Tertinggi Dunia oleh Dr. Suwaibah Muhammad Nasir telah ditaja oleh pihak mereka.

Penafian tersebut dijelaskan oleh Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

“Menteri Pertahanan hanya memberikan sokongan kepada usaha Dr. Suwaibah untuk misi menawan 30 menara tertinggi di dunia dan bersedia untuk menyokong usaha-usaha baik yang dilakukan oleh sesiapa sahaja.

“Adalah tidak adil kepada mana-mana atlet menuduh sokongan kepada Dr Suwaibah sebagai berat sebelah sekiranya mereka sendiri tidak pernah cuba untuk bertemu dan mendapatkan sokongan Kementerian Pertahanan dan Menteri Pertahanan.

“Menteri Pertahanan, Mohamad bin Sabu dan Kementerian Pertahanan tidak pernah menaja kos RM4 juta yang diperlukan pelari solo, Dr. Suwaibah Muhammad Nasir,” tegas

Sebelum ini Menteri Pertahanan yang juga Penaung Misi Keamanan telah merasmikan Majlis Memperkenalkan Pelari Solo Negara dan menyerahkan jalur gemilang serta menyampaikan replika cek sebanyak RM51,000 tajaan oleh syarikat GISB Holding Sdn. Bhd.

 

Related Articles

Leave a Reply