Home Semasa Sultan Pahang angkat sumpah Yang di-Pertuan Agong hari ini

Sultan Pahang angkat sumpah Yang di-Pertuan Agong hari ini

by Noor Sheila Amin

Istiadat Keberangkatan Tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada jam 8.30 pagi,  kemudian akan berangkat ke Dataran Parlimen bagi acara sambutan rasmi sebelum ke Istana Negara untuk istiadat melafaz dan menandatangani surat sumpah jawatan.

Turut hadir kesemua Yang Dipertua Negeri iaitu Tun Dr Mohd Khalil Yaakob (Melaka), Tun Abdul Rahman Abbas (Pulau Pinang), Tun Abdul Taib Mahmud (Sarawak) dan Tun Juhar Mahiruddin dari Sabah.

Related Articles

Leave a Reply