Home SemasaGlobal Rauf Arashukov ditangkap di Parlimen berhubung kes bunuh

Rauf Arashukov ditangkap di Parlimen berhubung kes bunuh

by Noor Sheila Amin

Pendakwa raya kanan Russia menghadiri sesi itu dan secara tidak dijangka membentangkan kes untuk menangkap Rauf Arashukov, 32.

Arashukov cuba meninggalkan dewan apabila ahli Parlimen lain mengundi menarik balik imuniti kepada beliau, kata Speaker Dewan.

Arashukov kemudian ditunjukkan dalam rakaman dibawa menaiki van untuk kemudahan tahanan dengan bergari.

Jawatankuasa Siasatan berkata, Arashukov disoal siasat sebagai suspek dalam pembunuhan aktivis belia dan penasihat kepada ketua wilayah Karachaevo-Cherkessiya di selatan Russia.

Arashukov menafikan dakwaan itu, kata peguamnya yang dipetik agensi berita RIA.

Menceritakan penahanan itu kemudian, Speaker Majlis Persekutuan, Valentina Matvienko, berkata Arashukov cuba melarikan diri daripada sesi, tetapi beliau mengarahkan dia supaya menunggu.

Related Articles

Leave a Reply