Home Semasa Suspek bunuh 2 beradik direman tujuh hari

Suspek bunuh 2 beradik direman tujuh hari

by Air Times News Network

ALOR SETAR, 9 Jan – Suspek yang dipercayai menetak dan menyebabkan kematian dua beradik berusia empat dan satu tahun  di Kampung Kuala Sungai, Yan malam tadi direman tujuh hari untuk membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid, berkata suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an itu direman mulai hari ini sehingga 16 Januari ini.

Suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian 11 malam tadi, suspek dipercayai mengamuk dan menyerang seorang lelaki terlebih dahulu sebelum masuk ke rumah mangsa dan mengelar dua kanak-kanak berusia setahun dan empat tahun yang ketika itu berada di dalam bilik bersama ibunya.

 

Related Articles

Leave a Reply