Home Semasa Pertikaian Malaysia, Singapura diselesai ikut undang-undang – Tun Mahathir

Pertikaian Malaysia, Singapura diselesai ikut undang-undang – Tun Mahathir

by Air Times News Network

PETALING JAYA, 9  Dis – Pertikaian antara Malaysia dan Singapura berhubung sempadan ruang udara dan maritim akan ditangani berlandaskan peruntukan undang-undang dan hak negara.

Perdana Menteri,  Tun Dr Mahathir Mohamad berkata banyak pihak sering membuat dakwaan mengenai sempadan masing-masing sehingga mencetuskan pelbagai pertikaian.

“Jadi, kita akan selesaikan pertikaian ini berdasarkan peruntukan undang-undang dan hak kita,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di sini, pada Sabtu.

Dr Mahathir, yang juga pengerusi PH, berkata apa yang penting ialah Singapura bersetuju untuk mengadakan rundingan dengan Malaysia mengenai perkara itu.

“Sehingga rundingan itu berakhir, kita tidak boleh memberi jawapan muktamad,” katanya.

Jumaat lepas, Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan dilaporkan sebagai berkata negara itu menolak cadangan Malaysia supaya kedua-dua negara menghentikan sebarang penghantaran aset ke kawasan yang dipertikaikan di Selat Johor.

Kementerian Luar Singapura, dalam kenyataan, berkata, republik itu “kekal sedia untuk membincangkan isu ini secara konstruktif dengan Malaysia dalam semangat memelihara hubungan penting dua hala.”

Related Articles

Leave a Reply