Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat ‘Eksesais Semangat Bersatu’ kukuhkan hubungan, kerjasama Tentera Darat Malaysia dan Singapura

‘Eksesais Semangat Bersatu’ kukuhkan hubungan, kerjasama Tentera Darat Malaysia dan Singapura

by Air Times News Network

BATU PAHAT, 19 Nov – Kerjasama antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Darat Singapura diteruskan lagi dengan pelaksanaan satu lagi edisi ‘Eksesais Semangat Bersatu’ selama 10 hari yang bermula semalam.

Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah berkata, beberapa lokasi di Johor dipilih untuk latihan yang dilaksanakan secara kerjasama dua negara ini seperti Kem Majidee 10 RAMD Batu Pahat, serta beberapa kawasan di daerah Kluang dan juga Kota Tinggi.

“Markas 7 Briged adalah selaku organisasi koordinasi pada tahun ini, manakala pasukan yang terlibat adalah dari 10 Rejimen Askar Melayu DiRaja dan 1st Singapore Infantry Batalion, Kem Mandai,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

“Eksesais ini berkonsepkan latihan Command Training Exercise (CTX) dan Field Training Exercise (FTX). Ia memberi fokus kepada latihan Peperangan Konvensional dan perkongsian kepakaran antara dua negara,” tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pembukaan Eksesais Semangat Bersatu Serial 24/2018 di Kem Majidee Batu Pahat, semalam, yang turut dihadiri oleh Chief of Staff General Staff, Tentera Darat Singapura, Brig Jen Siew Kum Wong.

Hasagaya berkata, tujuan utama pelaksanaan latihan bersama ini adalah untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan pengalaman kepada peserta khususnya dari aspek taktikal peperangan.

Katanya, eksesais ini dapat mengukuhkan hubungan dan kerjasama ketenteraan bagi kedua-dua buah negara serta memberi pendedahan kepada prosedur operasi.

“Majlis Pembukaan pada kali ini diadakan di 10 RAMD Kem Majidee Batu Pahat yang menyaksikan simbolik penyerahan bendera eksesais yang akan digunakan sepanjang eksesais berlangsung,” katanya. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply