Home Semasa Saya telah dipanggil lebih 12 kali oleh SPRM – Tengku Adnan

Saya telah dipanggil lebih 12 kali oleh SPRM – Tengku Adnan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mendedahkan beliau telah dipanggil lebih 12 kali oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berhubung transaksi tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melibatkan pentadbiran kerajaan terdahulu.

Tengku Adnan (BN-Putrajaya) berkata beliau tiada kena-mengena dengan kelulusan (penjualan) tanah di Wilayah Persekutuan sepanjang memegang jawatan sebagai menteri.

“Waktu saya ambil alih kementerian (Wilayah Persekutuan) pada 2013, masalah tanah saya dah pulang kepada Jabatan Perdana Menteri, saya tidak ada kena-mengena atas kelulusan tanah di Wilayah Persekutuan.

“Ramai kata saya tidak dipanggil oleh SPRM, yang sebenarnya saya telah dipanggil lebih 12 kali dan saya telah beri keterangan apa yang saya tahu,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Tengku Adnan bangun membuat penjelasan itu sebelum bertanya soalan tambahan kepada Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berhubung berapa banyak tanah yang diberikan di atas nama DBKL sepanjang beliau (Tengku Adnan) menjadi menteri.  – BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply