Home Semasa Azhar Harun dilantik pengerusi baru SPR

Azhar Harun dilantik pengerusi baru SPR

by Air Times News Network

SHAH ALAM, 21 Sept – Kerajaan melantik peguam veteran, Azhar Azizan @ Harun, sebagai pengerusi baru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menggantikan Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Ismail Bakar berkata, pelantikan itu berdasarkan Fasal (1) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dan telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Menurutnya, Azhar menamatkan pengajian sarjana muda undang-undang di Universiti Malaya dan sarjana di King’s College, University of London.

“Beliau memulakan kerjaya peguam pada tahun 1987 dan telah berkhidmat di beberapa firma guaman ternama dengan kepakaran dalam bidang pilihan raya.

“Dengan kelayakan dan pengalaman yang ada, saya yakin beliau dapat menjalankan tugas, kewajipan dan tanggungjawab sebagai pengerusi SPR mengikut kehendak Perlembagaan Persekutuan dengan sempurna,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini SPR memendekkan tempoh perkhidmatan Pengerusinya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkuatkuasa 1 Julai.

Perkara itu telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong dan dimaklumkan melalui surat daripada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara pada 7 Jun lalu.

Related Articles

Leave a Reply