Home SemasaGlobal Presiden Vietnam meninggal dunia

Presiden Vietnam meninggal dunia

by M.Daim

HANOI, 21 Sept – Presiden Vietnam, Tran Dai Quang dilaporkan telah meninggal dunia pada pagi tadi. Perkara tersebut dilaporkan oleh media Vietnam.

Agensi Reuters memetik kenyataan Vietnam Televisyen yang menyatakan presiden yang berusia 61 tahun itu meninggal dunia di sebuah hospital tentera di Hanoi.

Quang  pernah memegang portfolio sebagai Menteri Keselamatan Awam sebelum dilantik menjadi Presiden Vietnam pada tahun 2016.

 

Related Articles

Leave a Reply