Home Semasa Penahahan lelaki autistik kerana cabul wanita akan dikaji – TPM

Penahahan lelaki autistik kerana cabul wanita akan dikaji – TPM

by Nurulhuda

SEPANG, 18 Sept – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengkaji penahanan seorang lelaki penderita penyakit autisme untuk membantu siasatan kes mencabul kehormatan seorang wanita, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini.

Mengulas laporan berkaitan penahanan seorang lelaki autistik berusia 22 tahun baru-baru ini, Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang ditemui pemberita selepas melancarkan Taska Krista@RedQ, sebuah pusat penjagaan kanak-kanak, di ibu pejabat AirAsia di Sepang berkata, perlu ada lebih pemahaman mengenai penyakit autisme dan kesannya terhadap diri seseorang.

“Ibu kepada tertuduh telah menjelaskan bahawa tertuduh mempunyai keupayaan mental seorang kanak-kanak berusia 13 tahun. Kita patut menyerahkan kepada pihak mahkamah untuk memahami keadaan penderita penyakit autisme (dan kesannya) apabila kanak-kanak itu menjadi dewasa,” kata beliau.

Laporan sebelum ini menyebut seorang lelaki autistik telah ditahan (kerana disyaki mencabul kehormatan seorang wanita) berikutan laporan yang dibuat terhadapnya oleh mangsa pada 11 September.

Polis telah memohon perintah mahkamah untuk menahan reman lelaki itu untuk membantu siasatan kes berkenaan tetapi ditolak oleh mahkamah di Petaling Jaya pada 12 September.

Dia disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan. – BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply