Home Semasa Ronaldo minta Juventus dapatkan Marcelo

Ronaldo minta Juventus dapatkan Marcelo

by Air Times News Network

TURIN, 22 Jul – Penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo meminta kelab baharunya itu untuk mendapatkan khidmat bintang Real Madrid, Marcelo kira-kira 24 jam selepas bersama mereka.

Ronaldo, 33, melengkapkan perpindahan bernilai 99 juta pound (RM528.11 juta) ke Old Lady apabila memutuskan untuk meninggalkan Real selepas sembilan tahun di Bernabeu.

Bintang Portugal itu meme­gang pelbagai rekod di Madrid tetapi kontrak empat tahun bersama Juventus menyaksikan dia bersedia untuk terus menjadi pemain terbaik untuk beberapa tahun akan datang.

Ronaldo dan Marcelo merupakan rakan karib sepanjang kedua-dua pemain itu berada di ibu negara Sepanyol itu.

Menurut laporan akhbar Sport di Sepanyol, Ronaldo memberitahu Juventus untuk mendapatkan Marcelo pada hari dia menyertai kelab itu.

Pada masa sama, Marcelo juga memperkuatkan lagi spekulasi perpindahan itu dengan menyatakan dia akan menyertai Juventus.

“Kita akan bersama semula tidak lama lagi,” kata Marcelo selepas Real mengesahkan perpindahan pemain Portugal itu.

Pemain Brazil itu dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa kelab termasuk Manchester United dan Paris Saint-Germain.

Bagaimanapun, Marcelo kembali ke padang latihan Real minggu ini untuk bertemu pengendali baharu mereka, Julen Lopetegui yang menggantikan Zinedine Zidane setelah legenda Perancis itu meninggalkan Santiago Bernabue selepas tiga musim.– AGENSI

Related Articles

Leave a Reply