Home SemasaGlobal Kilang kimia meletup di wilayah Sichuan, China

Kilang kimia meletup di wilayah Sichuan, China

by Noor Sheila Amin

SHANGHAI, 13 Jul –  Seramai 19 orang maut manakala 12 lagi cedera dalam satu letupan membabitkan sebuah kilang kimia di Sichuan, barat daya China.

Pihak berkuasa daerah Jiang’an dalam satu kenyataan berkata, punca letupan kilang Yibin Hengda Technology di kawasan perindustrian itu masih belum diketahui.

Kilang berkenaan terletak beberapa jam dari ibu negeri wilayah Chengdu.

Related Articles

Leave a Reply