Home Semasa Zeti Pengerusi PNB baharu, Wahid sah letak jawatan

Zeti Pengerusi PNB baharu, Wahid sah letak jawatan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 29 Jun –  Tan Sri Abdul Wahid Omar sah meletakkan jawatannya Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Menurut sumber, perkara itu disahkan dalam satu majlis townhall bersama kakitangan PNB bagi meraikan perpisahan beliau yang diadakan pada petang ini.

Katanya, Abdul Wahid ketika berucap berkata persaraan itu dibuat secara suka rela dan berkuatkuasa esok.

Pengumuman Pengerusi baharu PNB juga dijangka diumumkan pada Ahad ini.

Sumber juga mendakwa, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dijangka menggantikan tempat Abdul Wahid.

Related Articles

Leave a Reply