Home SemasaGlobal F-16 terhempas di pergunungan utara Taiwan

F-16 terhempas di pergunungan utara Taiwan

by Noor Sheila Amin

Taipei, 5 Jun – Sebuah pesawat tempur F-16 yang pandu juruterbangnya, Mejar Wu Yanting, terhempas di pergunungan utara Taiwan semasa menjalani latihan penerbangan Isnin lepas.

Pesawat F-16 yang berlepas dari pangkalan udara di Hualien pada jam 1:19 pagi waktu tempatan telah hilang dari radar pada pukul 1:43 pagi waktu tempatan.

Selepas isyarat radar itu hilang, satu pasukan penyelamat dikerahkan segera bagi mengesan pesawat di kawasan pergunungan yang tinggi. Kerusi lenting dari pesawat ditemui dan disahkan pada kira-kira 2:39 petang, laporan CNA.

Antara serpihan milik pesawat F-16 yang ditemui

Serpihan jet, dilaporkan telah ditemui bertebaran di sekitar Gunung Wufen di New Taipei City, dekat dengan Keelung.

Pencarian diteruskan bagi mencari semua komponen dan juruterbang yang masih belum ditemui lagi. Kawasan carian akan meliputi 21 batu persegi, menurut sumber dari Kementerian Pertahanan Nasional.

Mejar Wu adalah lulusan 2009 Akademi Tentera Udara, dan telah mencatat 736 jam terbang bersama F-16.

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?