Home SemasaGlobal Tentera rejim Zionis tembak wanita pekak

Tentera rejim Zionis tembak wanita pekak

by Noor Sheila Amin

BAITULMAQDIS – PALESTIN, 28 Mei – Tentera rejim Zionis telah menembak wanita Palestin yang cacat pendengaran di Baitulmaqdis selepas mangsa tidak mendengar arahan pihak berkuasa yang memintanya supaya berhenti.

Beberapa saksi mendakwa insiden itu berlaku di kawasan kejiranan Pisgat Ze’ev, semalam.

“Wanita itu berjalan kaki dari kawasan landasan kereta api Beit Hanina menuju Pisgat Ze’ev dan dia ditembak kerana tidak memberi sebarang respons. Pihak berkuasa mengesyaki dia membawa bahan letupan.

“Namun, pemeriksaan dilakukan ke atasnya mendapati wanita itu tidak membawa sebarang senjata. Dia kemudiannya dibawa ke hospital kerana kakinya cedera ditembak,” kata polis Israel dalam satu kenyataan. – Press TV

Related Articles

Leave a Reply