Perdana Menteri berkata, Kerajaan Pusat komited membangunkan daerah ini melalui pelbagai pelan sekali gus memberi nilai tambah yang memakmurkan penduduk Langkawi khususnya.

“Itulah komitmen saya bagi pihak BN. Macam mana orang nak majukan Langkawi, tak mungkin kalau tidak ada kuasa dalam tangan.

“Langkawi maju kerana perjuangan UMNO dan BN. Kalau peribadi tidak boleh. Saya tak boleh buat, UMNO dan BN di belakang saya, saya boleh buat (majukan Langkawi), “ katanya dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Tambahnya, kerajaan akan melaksanakan pelbagai pelan pembangunan setelah Blueprint Pelancongan Langkawi Fasa Kedua diluluskan kelak.

“Ini untuk Langkawi kita akan laksanakan Blueprint Pelancongan Langkawi Fasa Kedua. Tunggu masa kerajaan lulus,” katanya.