Home PolitikPakatan Harapan Perlu berani seperti Tan Sri Rafidah Aziz : Mahfuz

Perlu berani seperti Tan Sri Rafidah Aziz : Mahfuz

by Nurulhuda

Kuala Lumpur, 27 Mac – Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Hj Mahfuz Omar memberi kenyataan terhadap salah satu tulisan di Facebook Tan Sri Rafidah Aziz yang menyatakan mengenai tindakan memilih pemimpin yang rasuah adalah sama seperti membenarkan salah laku yang dilakukan ahli politik yang berkenaan.

“Tan Sri Rafidah juga memberi amaran bahawa rakyat Malaysia akan dianggap bersubahat dengan perbuatan rasuah dan pengkhianatan sekiranya pengundi secara sukarela mengundi ahli politik yang korup.

“Kenyataan beliau ditujukan secara umum, dan boleh jadi kepada sesiapa sahaja,tetapi rakyat pasti memahami kenyataan beliau ditujukan secara khusus memandangkan senario politik semasa di Malaysia, katanya dalam satu kenyataan rasmi beliau.

Tambah Mahfuz, sifat ‘siapa yang  pedas dengan memakan cili api’ sudah dapat dilihat apabila muncul ‘macai’ yang melenting berikutan membaca kritikan Tan Sri Rais Yatim terhadap pemerintah kleptokasi sebelum ini.

Mahfuz juga menyatakan rakyat akan dapat melihat pemimpin Umno seperti ‘cacing yang kepanasan’, marah-marah dan melenting dengan memberi kenyataan balas terhadap kenyataan Tan Sri Rafidah itu.

“Korup dan rasuah seperti yang dinyatakan oleh Tan Sri Rafidah disinonimkan dengan parti UMNO/BN serta puak elit politik di negara ini” katanya.

Mahfuz menjelaskan Tan Sri Rafidah juga ada menasihati rakyat supaya jangan memilih parti berkenaan dan kepimpinannya yang terbukti korup dengan rasuah kerana ia bererti mereka bersubahat membenarkan salah laku pemimpin terbabit.

“Ini bermakna Tan Sri Rafidah juga sedar UMNO dan pemimpinnya telah rosak teruk disebabkan rasuah atau korupsi yang membara”.

Tan Sri Rafidah adalah pemimpin besar UMNO di zamannya dan sudah bergelumang dengan parti berkenaan serta jatuh bangun dengan parti beliau sejak dahulu sehingga sekarang. Mustahil beliau tidak sayangkan UMNO.

“Namun, bagi Tan Sri Rafidah mungkin ada sesuatu yang beliau nampak ada yang tidak kena, maka beliau terpaksa memperli, mengata, menyindir serta sinis secara halus atau kasar terhadap elit politik yang dilihat telah jauh tersasar membawa haluan negara ini untuk ‘kenyang perut sendiri” tambah beliau.

“Beliau kini mulai merasai denyut nadi rakyat dan memahami keluhan rakyat marhaen serta mengerti semua keperitan berkenaan, katanya.

Beliau turut menyatakan Veteran UMNO berkenaan juga tahu asal usul terjadinya masalah korup berkenaan sehingga nama Malaysia menjadi buruk dan busuk di serata dunia.

“Keterdesakan itu memaksa beliau bersuara lantang menegur dan menasihatkan segelintir pihak yang keterlaluan dalam memerintah negara ini.

“Jika veteran UMNO seperti Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rais Yatim telah bersuara, apa lagi yang masih tinggal dalam UMNO, mereka mungkin mewakili suara-suara akar umbi UMNO yang resah terhadap isu rasuah yang membelenggu Malaysia.

“Apakah mungkin selepas mereka bersuara ada lebih ramai lagi pemimpin veteran UMNO lain pula tampil bangkit bersuara dan lantang terhadap kebejatan pemimpin negara menjelang PRU ke 14, katanya.

Nampaknya semakin ramai bekas pemimpin dan veteran UMNO menzahirkan kegusaran mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ekoran skandal mega kehilangan puluhan billion dana berdaulat negara 1MDB yang cuba disorok dari pengetahuan rakyat.

Related Articles

Leave a Reply