Home PolitikBarisan Nasional Veteran UMNO, jangan jadi ‘minyak’ dalam parti: Ayub

Veteran UMNO, jangan jadi ‘minyak’ dalam parti: Ayub

by Nurulhuda

Kuala Lumpur, 27 Mac- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat menyeru semua pemimpin veteran khususnya mereka yang pernah berkhidmat kepada kerajaan untuk terus bersama dan menyokong kepimpinan Barisan Nasional (BN).

“Mereka sepatutnya bersama kerajaan bagi mempertahankan asakan pihak pembangkang” tambahnya lagi.

“Kenyataan yang diberikan oleh veteran-veteran UMNO yang menentang kerajaan sebelum ini hanya meletakkan minyak agar api menjadi semakin marak.

“Walhal mereka bukan pun inginkan kebenaran, malah apabila mereka bercakap mengenai rasuah dan sebagainya mungkin itu yang mereka lalui dan amalkan ketika mereka berkuasa dahulu”.

“Jangan pula bila masa mereka berlalu mereka tunjukkan yang ada kini juga seperti mereka. Cukup-cukup lah, ini adalah masa untuk menunjukkan solidariti kepada BN seperti kami lakukan sewaktu mereka inginkan kuasa satu ketika dahulu” katanya.

Terdahulu, Veteran UMNO merangkap Mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz memberi kenyataan mengenai tindakan memilih pemimpin yang rasuah adalah sama seperti membenarkan salah laku yang dilakukan ahli politik yang berkenaan.

Sementara itu, Tan Sri Rafidah juga memberi amaran bahawa rakyat Malaysia akan dianggap bersubahat dengan perbuatan rasuah dan pengkhianatan sekiranya pengundi secara sukarela mengundi ahli politik yang korup.

 

Related Articles

Leave a Reply