Home SemasaGlobal Xi Jinping perintah seumur hidup

Xi Jinping perintah seumur hidup

by Noor Sheila Amin

Beijing, 12 Mac – Parlimen China meluluskan beberapa pindaan perlembagaan semalam, termasuk memansuhkan had penggal pemerintahan Presiden, sekali gus membolehkan Xi Jinping memerintah selama-lamanya.

Pengumuman undian itu disaksikan media di Dewan Besar Rakyat yang diluluskan dengan dua undi ‘tidak’ dan tiga berkecuali daripada hampir 3,000 pembuat dasar.

Parti Komunis China mencadangkan pindaan itu bulan lalu dan ia diluluskan dengan mudah memandangkan kerusi Parlimen dipenuhi ahli parti setia yang sudah pasti tidak menolaknya.

 Sebelum pengundian itu, pengkritik di media sosial mengecam tindakan terbabit dan membandingkannya dengan Korea Utara serta menuduh wujud ketaksuban personaliti seperti era Mao Zedong.
Namun, kerajaan bertindak pantas membendung propaganda dengan menyekat beberapa artikel dan menerbitkan artikel memuji parti.

Golongan setia parti yang hadir ke sesi tahunan Parlimen itu berkata, keputusan terbabit popular dalam kalangan rakyat China dan menyatakan negara itu bertuah mempunyai pemimpin berkaliber seperti Presiden Xi. – Harian Metro.

Related Articles

Leave a Reply