Kluang, 12 Mac – Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) akan menerima enam pesawat MD530G yang dijangka memasuki inventori secara berperingkat mulai pertengahan tahun ini.
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim berkata, perolehan pesawat itu dilihat sejajar dengan Pelan Pembangunan Army 4NextG yang fokus ke arah kemampuan Tentera Darat untuk beroperasi di dua wilayah secara serentak.
Menurutnya, perubahan landskap geostrategik serantau dan global yang kian kompleks juga dilihat secara langsung mempengaruhi keselamatan, kemakmuran dan kedaulatan negara.
“Enam pesawat buatan Amerika Syarikat yang akan diperoleh itu dilihat mampu meningkatkan keperluan operasi dan kepelbagaian fungsi PUTD pada hari ini seiring dengan transformasi dan arus pembangunan semasa.