Home PolitikPakatan Harapan Nak tahu yang mana betul,debatlah:Husam

Nak tahu yang mana betul,debatlah:Husam

by Nurulhuda

Kuala Krai, 4 Mac – Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Husam Musa menyuarakan pendapat tegas bahawa haram hukumnya sekiranya mengundi PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

“Mengundi ini melibatkan hukum, PAS kata haram kalau tak undi bulan.

“Kita kata tidak, sebaliknya haram undi bulan. Ini ambo (saya) nak pegang. Nak tahu yang mana betul, kita berdebatlah,” katanya ketika berceramah di Kuala Krai, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu rakaman audio yang didakwa mengandungi ucapan anggota parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengenai menerimaan wang oleh pimpinan PAS daripada Umno.

Selain itu, pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Kelantan itu turut menyentuh isu rampasan kapal mewah milik ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho oleh pihak berkuasa Indonesia pada 28 Februari lalu.

Husam turut mendakwa kapal bernilai RM1 bilion itu dibeli menggunakan wang melalui hutang 1MDB yang kini menjadi beban rakyat Malaysia.

“Jadi PRU14 nanti, kita tak boleh pangkah dah BN dan PAS.

“PAS kata tak pangkah PAS haram sebab akan jatuh kerajaan Islam. Ambo pula kata, kalau mengundi PAS yang menongkat (bantu) Umno yang habiskan duit rakyat, haram.

“Jadi nak undi apa? Undi HARAPAN, dapat pahala undi HARAPAN. Ambo nak duduk situ.

“Kalau tak ada hukum payahlah, semua benda dalam amalan kita ini ada hukum,” katanya yang turut menuntut perdana menteri meletakkan jawatan.

Tambah beliau, hubungan kerjasama antara PAS dan Umno boleh dirujuk melalui rakaman ucapan Nik Abduh.

“Adik kakak boleh dengar sendiri, suara siapa rakaman itu?

“Kalau ambo, suara itu suara Nik Abduh. Dalam rakaman ini dia kata ustaz Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) terima duit daripada Umno, dia terima duit daripada Umno, memang bekerjasama dengan Umno,” ujarnya.

Related Articles

Leave a Reply