Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Persempadanan semula jejas kekuatan Pas

Persempadanan semula jejas kekuatan Pas

by Nurulhuda

RANTAU PANJANG, 19 Feb – Pemuda Pas Kelantan mengakui cadangan persempadanan semula Dun Meranti ke Parlimen Pasir Mas menjejaskan kekuatan Pas di Rantau Panjang. Naib Ketua Pemuda Pas Kelantan, Mohd Ariff Abdullah berkata, persempadanan semula itu memaksa jentera Pas di sini bekerja kuat dalam memastikan kemenangan berpihak kepada Pas.

Menurutnya, itu tidak bermakna persempadanan ini akan melemahkan Pas Rantau Panjang untuk berdepan dengan Umno dan Amanah dalam PRU 14 nanti. “Jika sebelum ini kita selesa bergerak dalam ‘gear’ satu dan dua, tapi menjelang 60 hari PRU14, saya harap jentera Pas beralih kepada ‘gear’ empat dan ‘lima’.

“Maksimumkan pergerakan dan kalau sebelum ini kita buat program seminggu sekali, tapi sekarang kena berubah, buat program setiap hari bersama rakyat,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda Pas Rantau Panjang kali ke-40 di Pusat Tarbiah Pas Rantau Panjang. Dalam PRU 13, Dun Meranti berpihak kepada calon Pas dengan majoriti 3,933 manakala majoriti di Dun Bukit Tuku sebanyak 879 undi.

Related Articles

Leave a Reply