Home PolitikBarisan Nasional Perpaduan rakyat elemen penting bangunkan Sabah: Musa

Perpaduan rakyat elemen penting bangunkan Sabah: Musa

by Nurulhuda

SANDAKAN,17 Feb – Perpaduan di kalangan rakyat Sabah menjadi elemen penting kepada usaha kerajaan untuk membangunkan negeri ini, kata Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman. Menurut beliau ini kerana sokongan rakyat dan kerjasama daripada pelbagai pihak diperlukan untuk membangunkan Sabah yang mempunyai potensi besar untuk dibangunkan bersama.

“Sudah banyak dicapai tetapi belum mencukupi dan perlu dipertingkat agar Sabah lebih dikenali di peringkat antarabangsa dan dunia,” katanya pada majlis jamuan malam bersama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin bersempena Tahun Baharu Cina anjuran Majlis Perbandaran Sandakan di sini, malam tadi. Beliau berkata perasaan persaudaraan kalangan rakyat negeri ini yang mempunyai pelbagai kaum dan agama telah wujud serta diwarisi sejak sekian lama dan budaya murni itu mewujudkan suasana hidup harmoni yang sentiasa diperkukuhkan khususnya menerusi sambutan perayaan pelbagai kaum di negara ini.

Dalam pada itu, Musa berkata perpaduan dan kemesraan rakyat negeri ini dikagumi oleh pelancong  yang sentiasa merasakan kedatangan mereka dialu-alukan di mana sahaja lokasi pelancongan yang mereka lawati. Menurutnya pelancong datang ke negeri ini bukan sahaja disebabkan Sabah memiliki alam semula jadi yang unik, tetapi pada masa sama mereka tertarik dengan suasana hidup rakyatnya.

Related Articles

Leave a Reply